Tuesday, 23 August 2011

Aktiviti Jam'iyah bulan Ramadan 1432H

Persekutuan Seruan Islam (Jam'iyah) Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menganjurkan penyampaian sumbangan Aidil Fitri 1432H kepada golongan asnaf. Sumbangan akan disampaikan oleh YDP Jam'iyah, Ustaz Zakariah bin Isa seperti jadual berikut:-


Berbuka puasa dan penyampaian kepada anak-anak yatim:

Pada : 20 Ramadan 1432
Masa: 5.00 petang
Tempat: Aras 2, Dewan Kuliah Jam'iyah, Kuala lumpur.


Penyampaian sumbangan di hospital:

Pada : 21 Ramadan 1432
Masa: 9.00 pagig
Tempat: Hospital terpilih sahaja.


Penyampaian sumbangan kepada asnaf fakir miskin:

Pada : 22 Ramadan 1432
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Aras 2, Dewan Kuliah Jam'iyah, Kuala lumpur.


Penyampaian sumbangan kepada mualaf:

Pada : 23 Ramadan 1432
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Aras 2, Dewan Kuliah Jam'iyah, Kuala lumpur.

Tuesday, 19 July 2011

KEMASKINI MAKLUMAT AHLI-AHLI SUSAH


Persekutuan Seruan Islam ( Jam’iyah ) Selangor dan Wilayah Persekutuan, sedang mengemaskini data maklumat asnaf fakir, miskin dan mualaf ahli-ahli untuk diberikan sumbangan Aidil Fitri 1432H, yang bermastautin di Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja.

Kepada mereka yang berkelayakan bolehlah menghubungi alamat berikut:-

No. 25, Lot 203,
Aras 3, Darul Jam'iyah,
Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur.
No. Tel.: 603-40441950/51
No. Fax: 603-40441952
E-mel: jamiyahselangor@yahoo.com


Sekian harap maklum.

Wednesday, 13 July 2011

USRAH BULANAN


Program Usrah  bulanan bersama kepimpinan  Jamiyah akan diadakan seperti jadual berikut:-

Pada: 14 Julai 2011 (Khamis) / 12 Syaaban 1432H
Masa: Mulai salat Maghrib
Tempat: Aras 2, Dewan Kuliah Jamiyah, Kuala Lumpur
Penyertaan: Ahli Jamiyah dialu-alukan
Semua ahli dijemput hadir


Monday, 11 July 2011

GOTONG ROYONG BERSEPADU


Persekutuan Seruan Islam ( Jam’iyah ) Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Majlis Gotong Royong Bersapadu Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pemilik premis perniagaan Jalan Rahmat seperti maklumat berikut:-


Tarikh:
17 Julai 2011/15 Syaaban 1432H

Masa:
8.00 Pagi

Tempat:
Sekitar Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Anjuran:
Jamiyah

Dengan Kerjasama:
DBKL
Pemilik Premis Perniahaan Jalan Rahmat

Tuan/Puan dijemput hadir bagi memeriahkan gotong royong bersepadu tersebut.


Sunday, 10 July 2011

BACAAN YAASIN BULANAN


Majlis Bacaan Yaasin bulanan akan diadakan pada:-

Pada: 14 Julai 2011 ( Khamis )/ 15 Syaaban 1432H 
Masa: 6.00 petang
Tempat: Aras Bawah, Darul Jam'iyah, Kuala Lumpur
Penyertaan:  Kaum muslimat sahaja dijemput hadir.

Inisiatif golongan ibu tunggal dan penggerak Jam'iyah.



Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa


Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 akan berlangsung seperti maklumat berikut:-

Pada: 16 -23 Julai 2011 / 14-21 Syaaban 1432H
Masa: 8.00 malam 
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ),  Kuala Lumpur


Muslimin dan muslimat dijemput hadiri memeriahkan tilawah tersebut

Monday, 20 June 2011

MESYUARAT LEMBAGA KOPERASI JAM'IYAH


Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Jamiyah Kuala Lumpur Berhad  kali ke-2 akan diadakan seperti berikut:-

Pada: 27 Jun 2011 ( Isnin )
Masa: 8.00 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat, Aras 1, Darul Jam'iyah, Kuala Lumpur
Penyertaan: Ahli Lembaga Pengarah.

Semua ALP dijemput hadir.


Monday, 13 June 2011

USRAH BULANAN

Program Usrah  bulanan bersama kepimpinan  Jamiyah akan diadakan seperti jadual berikut:-


Pada: 16 Jun 2011 (Khamis)
Masa: Mulai salat Maghrib
Tempat: Dewan Kuliah Jamiyah, Kuala Lumpur
Penyertaan: Ahli Jamiyah dialu-alukan


Semua ahli dijemput hadir

Thursday, 2 June 2011

AKTIVITI IBU PEJABAT


1. Menghadiri seminar/bengkel/kursus
2. jemputan luar
3.  Keurusetiaan pejabat
4. Penyelaras aktiviti
5. Menganjurkan program besar yang melibatkan  ahli
6. Menjadi jurubicara umat
7. Menjadi Sekretariat


Wednesday, 1 June 2011

MAKLUMAN DAN PERKONGSIAN MAKLUMAT


Makluman kepada Ahli-Ahli Jam’iyah

Mulai hari ini Jawatankuasa Saudara Muslim berusaha menyediakan ruangan ini bagi memudahkan ahli-ahli mengikuti perkembangan Persekutuan Seruan Islam ( Jam’iyah ) Selangor dan Wilayah Persekutuan secara lebih dekat, tepat, pantas, dipercayai dan boleh dicapai pada bila-bila masa.

Program/aktiviti yang dipaparkan melibatkan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sahaja bagi memudahkan penyelarasan dan menyusun atur program/aktiviti supaya teratur dan bersistematik.

Di samping itu, maklumat lain turut dimuatkan diruangkan ini bagi mempelbagaikan sumber maklumat.

Hanya maklumat yang sampai kepada Jawatankuasa Saudara Muslim sahaja yang akan diproses dan dipaparkan sebagai bahan sebaran umum.

Jam’iyah perlu melangkah kehadapan untuk menyebarkan maklumat kepada ahli dan masyarakat. Penyebaran maklumat tanpa sempadan wajar dimanfaatkan oleh pendokong dan pengiat penulisan dalam Jam’iyah.

Semua teguran dan pandangan amat dialu-alukan.


Salam daripada:
Jawatankuasa Saudara Muslim.