Persekutuan Seruan Islam (Jam'iyah) Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menganjurkan penyampaian sumbangan Aidil Fitri 1432H kepada golongan asnaf. Sumbangan akan disampaikan oleh YDP Jam'iyah, Ustaz Zakariah bin Isa seperti jadual berikut:-
Berbuka puasa dan penyampaian kepada anak-anak yatim:
Pada : 20 Ramadan 1432
Masa: 5.00 petang
Tempat: Aras 2, Dewan Kuliah Jam'iyah, Kuala lumpur.
Penyampaian sumbangan di hospital:
Pada : 21 Ramadan 1432
Masa: 9.00 pagig
Tempat: Hospital terpilih sahaja.
Penyampaian sumbangan kepada asnaf fakir miskin:
Pada : 22 Ramadan 1432
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Aras 2, Dewan Kuliah Jam'iyah, Kuala lumpur.
Penyampaian sumbangan kepada mualaf:
Pada : 23 Ramadan 1432
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Aras 2, Dewan Kuliah Jam'iyah, Kuala lumpur.
JAM'IYAH KUALA LUMPUR
Tuesday, 23 August 2011
Tuesday, 19 July 2011
KEMASKINI MAKLUMAT AHLI-AHLI SUSAH
Persekutuan Seruan Islam ( Jam’iyah ) Selangor dan Wilayah Persekutuan, sedang mengemaskini data maklumat asnaf fakir, miskin dan mualaf ahli-ahli untuk diberikan sumbangan Aidil Fitri 1432H, yang bermastautin di Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja.
Kepada mereka yang berkelayakan bolehlah menghubungi alamat berikut:-
No. 25, Lot 203,
Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur .
No. Tel.: 603-40441950/51
No. Fax: 603-40441952
E-mel: jamiyahselangor@yahoo.com
Sekian harap maklum.
Wednesday, 13 July 2011
USRAH BULANAN
Program Usrah bulanan bersama kepimpinan Jamiyah akan diadakan seperti jadual berikut:-
Pada: 14 Julai 2011 (Khamis) / 12 Syaaban 1432H
Masa: Mulai salat Maghrib
Tempat: Aras 2, Dewan Kuliah Jamiyah, Kuala Lumpur
Penyertaan: Ahli Jamiyah dialu-alukan
Semua ahli dijemput hadir
Monday, 11 July 2011
GOTONG ROYONG BERSEPADU
Persekutuan Seruan Islam ( Jam’iyah ) Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Majlis Gotong Royong Bersapadu Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pemilik premis perniagaan Jalan Rahmat seperti maklumat berikut:-
Tarikh:
17 Julai 2011/15 Syaaban 1432H
Masa:
8.00 Pagi
Tempat:
Sekitar Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Anjuran:
Jamiyah
Dengan Kerjasama:
DBKL
Pemilik Premis Perniahaan Jalan Rahmat
Tuan/Puan dijemput hadir bagi memeriahkan gotong royong bersepadu tersebut.
Sunday, 10 July 2011
BACAAN YAASIN BULANAN
Majlis Bacaan Yaasin bulanan akan diadakan pada:-
Pada: 14 Julai 2011 ( Khamis )/ 15 Syaaban 1432H
Masa: 6.00 petang
Tempat: Aras Bawah, Darul Jam'iyah, Kuala Lumpur
Penyertaan: Kaum muslimat sahaja dijemput hadir.
Inisiatif golongan ibu tunggal dan penggerak Jam'iyah.
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 akan berlangsung seperti maklumat berikut:-
Pada: 16 -23 Julai 2011 / 14-21 Syaaban 1432H
Masa: 8.00 malam
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ), Kuala Lumpur
Muslimin dan muslimat dijemput hadiri memeriahkan tilawah tersebut
Monday, 20 June 2011
MESYUARAT LEMBAGA KOPERASI JAM'IYAH
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Jamiyah Kuala Lumpur Berhad kali ke-2 akan diadakan seperti berikut:-
Pada: 27 Jun 2011 ( Isnin )
Masa: 8.00 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat, Aras 1, Darul Jam'iyah, Kuala Lumpur
Penyertaan: Ahli Lembaga Pengarah.
Semua ALP dijemput hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)